Kamis, 21 Maret 2013

Carilah Yang Lumayan

Baca Juga

"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu." (Surah ali 'Imran ayat 145)

Pengajaran ayat :

Tujuan asas yang didapati daripada firman Allah swt ini adalah untuk memberi perangsang kepada orang yang beriman agar terus hidup dalam keadaan berjuang untuk membawa perubahan di jalan Allah swt tanpa merasa ragu atau gerun terhadap halangan-halangan daripada musuh Allah swt.

Ini adalah kerana :

Sikap penakut seseorang tidak akan menambah atau memanjangkan nyawanya. Sikap beraninya juga tidak akan memendek atau mengurangkan nyawanya. Sikap takut dan bimbang seseorang tidak akan dapat menolak qadar dan takdir Allah swt. Sudah pasti seseorang itu tidak akan mati sebelum tiba ajalnya (yang telah ditetapkan Allah).

Sesungguhnya Allah swt akan menganugerahkan setiap apa yang diminta oleh hambaNya samada sebahagian atau sepenuhnya, sesuai dengan peraturan Ilahi dan sejauh mana mereka menuruti peraturan kehidupannya. Manusia wajib tahu masa dan perkembangannya :

Masa dan kehidupan yang sementara iaitu kehidupan di dunia.

Masa dan kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan di akhirat.

Bagi sesiapa di kalangan manusia mencari habuan dan balasan keuntungan di dunia, maka Allah swt akan memberikan balasan dunianya. Namun rugi yang amat sangat buatnya kerana gagal memperolehi ganjaran dan balasan yang lebih besar dan lebih hebat di akhirat kelak.

Sebaliknya, sesiapa yang bekerja, beramal dan berjuang untuk mendapatkan keuntungan di dunia dan di akhirat, maka Allah swt akan mengurniakan kepadanya di dunia dan juga habuan yang jauh lebih lumayan di akhirat kelak.

Semoga Allah memilih kita di kalangan mereka yang gigih bekerja, istiqamah dan ikhlas di atas jalan kebenaran dan kebaikan ini sehingga ke penghujung kehidupan kita kelak.

Diposting Oleh : RIFANYTOP - Admin

Judul : Carilah Yang Lumayan
Berisi tentang :
Dengan url http://rifanytop.blogspot.com/2013/03/carilah-yang-lumayan.html
By : RIFANYTOP - Silahkan Di Bagikan Jika sekiranya Bermanfaat, dilarang mengcopy Postingan Ini Tanpa Mencantumkan Link Sumber.


EmoticonEmoticon